Membeli-belah, Lapang, Hotel dan Hiburan UEP_Subang_Jaya

19 KELANA City Mall dihiasi untuk Tahun Baru Cina

Hab perdagangan utama di USJ ialah USJ Taipan (juga dikenali sebagai USJ 10) dan Pusat Perniagaan Subang USJ 9 yang berdekatan dengan USJ 11. USJ Taipan ialah pusat perniagaan kawasan perbandaran itu dan ia sangat popular di daerah komersial di Lembah Klang. Hampir semua bank-bank utama memiliki sebuah cawangan pejabat di kawasan itu. Terdapat banyak kafe dan restoran yang terdiri daripada makanan di tempat terbuka, tempat makanan yang mewah, kontemporari moden dan makanan fusion Asia-Barat, makanan segera, dan lain-lain.

Ada pelbagai pusat membeli-belah terletak di dalam bandar itu. Di USJ 1, ada pusat membeli belah seperti Da Men, The Summit dan pasar raya, Pasaraya Besar Giant dan Mydin. Da Men dan Summit dua mercu tanda bandar. Di USJ 21, ada sebuah pusat membeli-belah dipanggil Main Place. Ia sebuah tempat kediaman di atas pusat beli belah.

Bertentangan The Main Place ialah pembangunan bersepadu, One City, di USJ 25. Ia terdiri daripada suite pejabat, pusat membeli-belah, pawagam , sebuah hotel, dan tempat tinggal. Untuk pilihan membeli-belah alternatif, ada Empire Subang, Subang Parade, Sunway Pyramid, SS15 Courtyard, Paradigm Mall, Citta Mall, Oasis Ara Damansara, IOI Puchong dan Aeon Shah Alam yang terletak di sekitar 5km radius.

Hotel Yang paling tua dan paling terkenal di USJ adalah hotel 3-bintang The Summit Hotel bersebelahan pusat membeli-belah The Summit, yang terdiri daripada 332 bilik tetamu. Di sebelah selatan bandar One City, terdapat sebuah hotel 4 bintang kelas hotel perniagaan, eCity Hotel, yang terdiri daripada 243 bilik tetamu. Untuk hotel bajet, ada banyak alternatif lain dalam bandar. Selain itu, ada banyak hotel lain terletak di bersebelahan Subang Jaya.